Mangsa banjir di Pasir Mas terus bertambah - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Pasir Mas terus bertambah

KAWASAN Rantau Panjang Kelantan masih ditenggelami banjir semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas terus bertambah apabila 4,969 mangsa berlindung di 15 buah pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 4,445 orang setakat pukul 4 petang.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi tadi kesemua mangsa itu dari 1,588 keluarga.

“Bagaimanapun hanya satu sahaja PPS yang masih aktif di Tanah Merah iaitu Sekolah Menengah Ugama Arab Kajang menempatkan 124 mangsa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, enam laluan di kawasan ini terpaksa ditutup kepada kenderaan selepas ditenggelami banjir sejak semalam.

Lima daripada enam laluan itu ditutup kepada semua kenderaan.

Antara laluan yang yang ditutup kepada semua kenderaan ialah jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang (berhampiran Masjid Padang Licin), Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh (berhampiran padang bola), jalan Banggol Kulim (pintu Kastam 2), jalan Bunga Raya (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan jalan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah di Kampung Kubang Rambutan pula hanya ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi bacaan paras bahaya walaupun trend menurun.

Bagaimanapun, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pada bacaan berjaga-jaga.

Lain-lain sungai utama di negeri ini berada pada tahap normal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya