Malaysia-Thailand segerakan kerja pelebaran, pendalaman Sungai Golok

Malaysia-Thailand segerakan kerja pelebaran, pedalaman Sungai Golok

ANWAR Ibrahim semasa menyantuni mangsa banjir yang berlindung di PPS SMK Agama Lati, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kerja-kerja pelebaran dan pedalaman Sungai Golok di Rantau Panjang, dekat sini akan disegerakan dalam usaha meredakan tekanan banjir di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan melibatkan perkara itu sudah dilakukan dengan rakan sejawatnya dari Thailand iaitu Srettha Thavisin.

Menurutnya, Srettha sudah memberikan respon positif dan perkara itu akan disegerakan.

“Pada hemat kami kerja-kerja ini mampu meredakan tekanan banjir di kedua-dua negara iaitu melibatkan di Narathiwat (Thailand) dan Rantau Panjang (Malaysia),” katanya selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN