Majikan di Sarawak digesa daftar pekerja asing PATI sehingga

Majikan di Sarawak digesa daftar pekerja asing PATI sehingga 31 Disember ini 

GERAWAT GALA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Majikan di Sarawak digesa mendaftar mana-mana pekerja berstatus pendatang asing tanpa izin (PATI) di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 sehingga 31 Disember ini. 

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen Dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, selepas tempoh tersebut, Jabatan Imigresen Sarawak akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap PATI melalui operasi penguatkuasaan secara besar-besaran. 

“Jika disabitkan kesalahan, majikan yang didapati menggaji PATI akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 iaitu denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap seorang PATI yang diambil bekerja.

“Program tersebut merupakan usaha kerajaan Sarawak melalui Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak dengan kerjasama daripada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak untuk meregularisasikan PATI yang berada di Sarawak sebagai pekerja asing yang berdaftar,” ujarnya. 

Tambahnya, PATI yang dibenarkan untuk didaftarkan di bawah Program RTK 2.0 adalah warganegara asing yang melakukan kesalahan pada atau sebelum 31 Disember 2022 di bawah dua seksyen. 

“Yang pertama ialah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai pas yang sah. 

“Kedua ialah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas,” tegasnya. 

Antara sektor-sektor yang terlibat dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 temasuklah sektor perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan, perlombongan dan kuari serta pembantu rumah asing.

“Majikan yang beroperasi dalam sektor 3D iaitu kotor, bahaya dan sukar adalah dibenarkan untuk mengambil PATI dengan mendaftarkan mereka sebagai pekerja dalam tempoh pelaksanaan Program RTK 2.0.

“Bagaimanapun, hanya PATI dari 16 negara sumber sahaja yang dibenarkan iaitu Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan dan China,” katanya lagi. 

Sehubungan itu, Gerawat menggesa agar majikan boleh terus mendaftar dengan percuma secara dalam talian melalui portal Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my klik ke pautan: portal rekalibrasi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya