LZS optimis kutip RM167 juta zakat perniagaan - Utusan Malaysia

LZS optimis kutip RM167 juta zakat perniagaan

Zakat perniagaan
PENGERUSI LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (tengah) dan Mohd Sabirin Mohd Sarbini (kiri) bergambar bersama 35 syarikat pembayar zakat perniagaan pada Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (Imtiyaz) dekat Wisma PKPS di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) optimis mencapai kutipan zakat perniagaan berjumlah RM167 juta seperti yang disasarkan perolehannya untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini berkata, sehingga November ini, pihaknya berjaya mengutip zakat bagi kategori tersebut berjumlah RM116 juta.

“Kami akan terus melaksanakan program dan kempen dakwah supaya lebih banyak syarikat membayar zakat tersebut sebelum akhir tahun ini.

“Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, ada syarikat yang bayar zakat itu pada hujung tahun. Jadi, saya rasa LZS boleh capai kutipan RM167 juta,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (Imtiyaz) di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), hari ini. 

Pada majlis tersebut, badan baitulmal itu menerima zakat perniagaan berjumlah RM19.6 juta  daripada 35 buah syarikat.

Dalam pada itu, Mohd. Sabirin memaklumkan pihaknya berjaya mengutip zakat tersebut berjumlah RM166 juta pada tahun lalu .

“Pada tahun ini sehingga November, kutipan keseluruhan zakat perniagaan dan zakat pendapatan berjumlah RM791 juta.

“Untuk makluman, semua 18 cawangan kami beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad serta cuti umum sepanjang Disember ini bagi memudahkan masyarakat menunaikan zakat sebelum 31 Disember ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya