Liza Hanim, kamu layak jadi juara - Hetty Koes Endang - Utusan Malaysia

Liza Hanim, kamu layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL : “Persembahan yang cukup bagus, kamu layak jadi juara.”

Demikian komen legenda seni Indonesia, Hetty Koes Endang selepas persembahan bertenaga penyanyi, Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On (nyanyian asal Celine Dion) di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza.

Persembahan pusingan pertama tersebut juga mendapat standing ovation daripada Hetty yang menyifatkan nyanyian Liza cukup hebat.

Liza yang merupakan peserta hot seats itu juga mendapat pujian daripada ratu rock negara, Ella yang kagum dengan suara dan mengakui emosi dengan persembahan tersebut.

“Saya peminat awak, Liza. Semoga malam ini akan menjadi permulaan kerjaya yang hebat dan bersinar di masa depan,” komen penyanyi Nuri itu.

Menyambut pujian tersebut seorang lagi juri, Datuk Syafinaz Selamat yang mengingatkan Liza sebagai salah seorang penyanyi hebat negara.

Selain Liza, pentas akhirnya All Stars Gegar Vaganza turut menyaksikan Azharina, Jazlyn Victor, Hady Mirza, Naqiu, Tomok, Siti Nordiana dan Nikki Palikat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya