Lima lelaki ditahan siasat kes bunuh warga Myanmar - Utusan Malaysia

Lima lelaki ditahan siasat kes bunuh warga Myanmar

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis menahan lima lelaki bagi membantu kes kematian seorang lelaki warga Myanmar di sebuah kilang besi, di Teluk Kalong, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan berhubung kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi.

“Mangsa yang merupakan penterjemah bahasa mengalami kesan luka di belakang badan telah dibawa ke ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

“Doktor yang bertugas telah mengesahkan kematian mangsa dan membuat laporan kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Wan Muhamad berkata, siasatan awal mengesyaki mangsa telah dicederakan dengan menggunakan senjata tajam.

“Kejadian itu dipercayai berlaku di asrama pekerja kilang Eastern Steel.

“Susulan kejadian itu, kita telah menahan lima lelaki iaitu seorang warganegara tempatan, seorang warga China dan tiga warga Myanmar yang berusia 25 hingga 40 tahun,” katanya

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya