Lima lelaki direman tujuh hari bantu siasat kes bunuh warga Myanmar - Utusan Malaysia

Lima lelaki direman tujuh hari bantu siasat kes bunuh warga Myanmar

LIMA lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang warga Myanmar dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lima lelaki warga asing termasuk seorang warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang lelaki warga Myanmar, di sebuah kilang besi di Teluk Kalong, di sini ditahan reman selama tujuh hari, bermula hari ini hingga Isnin depan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 25 hingga 40 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Reman tersebut bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang terdiri daripada tiga warga Myanmar, seorang warga China dan seorang warga tempatan itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lima suspek tersebut ditahan polis semalam sejurus polis menerima maklumat daripada pegawai perubatan Hospital Kemaman mengenai kematian mangsa kira-kira pukul 8 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan penterjemah bahasa mengalami luka pada bahagian belakang badan, disyaki dicederakan dengan menggunakan senjata tajam dan pihaknya percaya kes tersebut berlaku di asrama pekerja kilang Eastern Steel di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya