Lim Kit Siang diambil keterangan Rabu ini

Lim Kit Siang diambil keterangan Rabu ini

kit siang
LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam percakapan Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siangi berhubung kenyataannya didakwa menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri, pada Rabu ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap Kit Siang.

Katanya, siasatan tersebut dijalankan berhubung kandungan penulisan beliau yang dimuat naik dalam blognya, limkitsiang.com pada 30 November lalu yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

“Penulisan yang disiasat bertajuk ‘Malaysian Constitution Provides For a Malaysian Dream And Not a Mono-Ethnic Dream As It Provides That a Non-Malay Can Be a Prime Minister’ (Perlembagaan Malaysia menjanjikan impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal memandangkan Perlembagaan ini tidak menghalang seorang bukan Melayu daripada menjadi seorang Perdana Menteri).

“Susulan itu, Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan dirakam percakapan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rusdi, proses itu dijalankan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“PDRM mengingatkan orang ramai agar sentiasa prihatin terhadap isu-isu sensitif dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian negara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Kit Siang mengesahkan akan memberi keterangan kepada PDRM dalam masa beberapa hari lagi berhubung kenyataannya yang menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, kenyataan berkaitan Impian Malaysia itu dibuat ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia di Manchester pada akhir bulan lalu.

Khamis lalu, Kit Siang berkata, polis sedang mencari beliau susulan kenyataannya di Manchester ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia, bahawa Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan berkata, beliau berharap Malaysia tidak perlu menunggu lama seperti Amerika Syarikat (AS) untuk mempunyai pemimpin daripada kalangan minoriti.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya