Lelaki sakit mental mengaku suami, ceroboh kawasan rumah tanpa

Lelaki sakit mental mengaku suami, ceroboh kawasan rumah tanpa kebenaran

TANGKAP layar rakaman cctv yang dikong oleh Mizah Hamzah di aplikasi TikTok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dikatakan mempunyai sakit mental bertindak memasuki kawasan rumah seorang penduduk sehingga menimbulkan keresahan pemilik kediaman berkenaan di Melaka, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tiga video kamera litar tertutup (CCTV) di akaun TikTok milik Mizah Hamzah, kelihatan seorang lelaki memasuki kawasan berpagar sebuah rumah dan duduk di kerusi yang disediakan di halaman rumah.

Video berdurasi 28 saat itu memaparkan lelaki berkenaan kemudian bertindak mengetuk sambil cuba untuk membuka pintu rumah berkenaan sebelum kembali duduk di kerusi selepas tiada respons diberikan oleh pemilik rumah.

Menurut kapsyen di TikTok Mizah, seorang penduduk kampung datang untuk membantunya dan memerhati pergerakan lelaki tersebut sementara menunggu ketibaan pihak polis.

Menerusi ruangan komen, pemilik rumah juga ada menyatakan asal-usul lelaki berkenaan yang didakwa bukan penduduk kampung itu walaupun kerap singgah untuk makan di kedai makan milik ibunya selain mengakui Mizah sebagai isterinya.

Mizah berkata, lelaki yang sudah ditangkap oleh pihak polis juga dilepaskan beberapa jam selepas kejadian atas alasan sakit mental juga kembali ‘menghantui’ rumahnya pada keesokan hari.

Dalam pada itu, warganet yang turut mempunyai pengalaman sama turut berkongsi kisah di ruangan komen.

“Pernah kena begini juga. Dia kata dia kenal kita dan asik sebut-sebut nama kita. Lepastu siap berlegar di kawasan rumah pada waktu malam,” kongsi @kakashop.

“Saya pernah kena. Orang tu kena tangkap. Beberapa hari lepas bebas dia datang lagi,” tulis @nufaaa93.

“Nasib abang naik motor tu tolong tengokkan,” komen @afif_ann.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN