Lelaki miliki peralatan pecah rumah cuba lari dari pemeriksaan polis

Lelaki miliki peralatan pecah rumah cuba lari daripada pemeriksaan polis

FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Polis menahan seorang lelaki selepas cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan polis dalam kejadian di Damansara Perdana, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu menyebabkan sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) mengejar kereta Proton Persona berkenaan dinaiki suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kereta dipandu suspek kemudian telah terbabas berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail.

Kata beliau, lelaki berusia 45 tahun itu kemudiannya telah keluar dari kenderaan dan melarikan diri sehingga ke sebuah hospital swasta, sebelum polis memberkasnya.

Mohamad Fakhrudin berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan telah menemukan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk pecah rumah.

“Kita merampas sebatang spanar, sebatang kuku kambing yang telah diubah suai, pahat, dua pemutar skru, sebilah pisau, sebuah topi keledar, sepasang sarung tangan dan wang tunai berjumlah RM 6,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 15 rekod jenayah lampau dan tiga rekod dadah.

“Suspek telah direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Meseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki alatan pecah rumah,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya