Lebih tujuh juta permohonan kredit RM100 eMadani

Lebih tujuh juta permohonan kredit RM100 eMadani

e-Madani boleh ditebus sehingga 20 Februari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih tujuh juta permohonan diterima Kementerian Kewangan bagi inisiatif kredit RM100 eMadani sejak mula dibuka semalam.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, jumlah itu amat besar dan sudah tentu memerlukan sedikit masa bagi membuat pengesahan identiti pemohonan dan seterusnya penyaluran kredit.

“Saya ada dapat maklum balas dan baca laporan media tentang ada menyatakan terpaksa tunggu lama selama lima hari, tapi bila kita semak dengan MOF (Kementerian Kewangan) ada sedikit salah faham dan saya rasa laporan telah dibetulkan, iaitu sehingga lima hari, sepantas sehari, paling lama lima hari,” katanya seperti dipetik menerusi laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Wisma Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini bagi mengulas isu penebusan tunai itu di media sosial.

Semalam, Kementerian Kewangan memaklumkan menerima lebih tujuh juta permohonan bagi kredit eMadani setakat 5 petang Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, tuntutan kredit secara sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak, melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Bantuan itu disasarkan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40

Dalam pada itu, Fahmi menasihati orang ramai tidak terpedaya dengan helah scammer atau penipu yang menawarkan khidmat penebusan tunai (cash out) bagi kredit e-tunai RM100 itu.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, aktiviti penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini dilihat semakin berleluasa setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bantuan untuk rakyat.

“Contohnya dulu, sewaktu diumum boleh keluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), macam-macam scam berlaku, apabila diumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), macam-macam juga berlaku. Samalah untuk eMadani.

“Tolong hati-hati, baca betul-betul (syarat)…jangan ‘cash out’, sebab kalau ada siapa-siapa kata dia boleh bagi duit, dijamin dia tak akan bagi duit, kita akan hilang RM100,” katanya.

Terdahulu, kerajaan memaklumkan nilai kredit tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai sebaliknya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan seluruh negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya