Lebih fokus industri kreatif

Lebih fokus industri kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasingan Kementerian Komunikasi dan Digital kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital mampu memberi impak positif terhadap perkembangan industri kreatif dala  negara.

Justeru Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) menyambut baik cadangan pengasingan tersebut bagi memberio fokus kepada pembangunan industri kreatif yang lebih sistematik

Presiden GAFEMA, Pansha berkata,  pemisahan tersebut dapat memberi fokus pembangunan ekonomi,dan mampu memberiimpak positif terhadap industri kreatif dengan wujudnya pendekatan yang lebih sistematik.

“GAFEMA percaya dengan pemisahan ini akan memberi fokus yang lebih strategik, teratur dan tersusun selain memberi kesan positif memperkasakan pembangunan ekonomi serta merangsang pertumbuhan industri kreatif dalam negara. 

“Dalam masa yang sama, industri kreatif juga menyokong lain-lain industri secara keseluruhan yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Pasha berkata, agensi kerajaan yang berkaitan patut diteruskan bersama Kementerian Komunikasi dan Digital i bawah kepimpinan Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi.

Katanya, kefahaman Fahmi berkaitan aktiviti komunikasi melalui seni budaya bukan sekadar hiburan adalah sangat dikagumi bagi membantu memelihara, melestarikan dan menyebarkan warisan budaya dalam masyarakat.

“Usaha ini telah diterjemahkan oleh Fahmi melalui Townhall bersama industri kreatif yang lalu dan telah dibuktikan melalui pemakluman dalam Belanjawan 2024 (Belanjawan MADANI Kedua).  

“Badan seperti Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), MyCreative Ventures, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan BERNAMA adalah amat bersesuaian diteruskan di bawah KKD,” katanya.    

Menurut kenyataan itu lagi, GAFEMA juga berterima kasih atas usaha serta keprihatinan Fahmi dan timbalannya, Teo Nie Ching yang tidak jemu-jemu mendengar rintihan daripada penggiat seni sebelum ini. 

“GAFEMA diwakili oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Persatuan Kebajikan Penghibur-penghibur India Malaysia (MIEWA), Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM).

“Tidak ketinggalan, Persatuan Pasca Produksi, Animasi Dan Kandungan Kreatif (POSTAM), Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS), Persatuan Tinta Karya Malaysia (TINTA KARYA), Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Pertubuhan Pencipta Kandungan Kreatif Digital Malaysia (DCAM),” jelas kenyataan itu. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN