PETALING JAYA: Pengamal undang-undang mahu kerajaan memulakan reformasi sistem perundangan negara mulai tahun depan terutama pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya agensi penguat kuasa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pengasingan kuasa itu sudah lama dituntut dan kerajaan perlu konsisten melakukan reformasi supaya tidak wujud unsur yang boleh menimbulkan persepsi masyarakat khususnya bagi kes berprofil tinggi. Selain itu, beliau juga berharap supaya badan…