Koperal nyaris maut dilanggar ‘mat rempit’ ketika operasi

Koperal nyaris maut dilanggar ‘mat rempit’ ketika operasi

AHMAD Haizaki Salimon cedera akibat dilanggar ‘mat rempit’ ketika bertugas dalam operasi sekatan jalan raya di pusat bandar Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang anggota polis berpangkat koperal nyaris maut akibat dilanggar penunggang motosikal yang cuba mengelak daripada ditahan dalam satu operasi sekatan jalan raya, berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu menyebabkan Koperal Ahmad Haizaki Salimon dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan serta tidak sedarkan diri hampir lima minit selepas dirempuh.

Pelanggaran itu turut mengakibatkan penunggang motosikal berusia 21 tahun mengalami benjol di bahagian dahi kanan selain luka di siku kiri dan kaki selepas terbabas dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas penunggang motosikal itu memecut laju melawan arus menuju arah susur keluar ke dataran Shah Alam sebelum berlakunya pelanggaran tersebut.

Tindakan itu dilakukan penunggang berkenaan hanya dikatakan kerana tidak mempunyai cermin pandang sisi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila penunggang terbabit berpatah balik dengan melawan arus untuk melarikan diri.

“Melihat kejadian ini anggota trafik cuba menghalang penunggang motosikal tersebut melarikan diri. Disebabkan panik, penunggang terbabit melanggar anggota berkenaan,” jelasnya.

Kata Mohd. Iqbal lagi, anggota terlibat ditempatkan di zon merah Hospital Shah Alam sebelum menjalani pemeriksaan tomografi berkomputer (CT scan) pada bahagian kepalanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN