Konflik Myanmar: 121 warga Malaysia selamat pulang

121 warga Malaysia terkandas dalam konflik di Myanmar selamat pulang

MOHAMAD Alamin berbual bersama rakyat Malaysia di Laukkaing, Myanmar ketika tiba di KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Hanya seramai 121 orang warga Malaysia yang terkandas dalam konflik perang saudara di Myanmar berjaya tiba di tanah air menerusi pesawat sewa khas awal pagi tadi.

Menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, selebihnya tujuh orang lagi tidak berbuat demikian atas pelbagai sebab termasuk masing-masing seorang memiliki rekod jenayah di China dan dikesan berada jauh lebih 1,000 kilometer dari lokasi sempadan Myanmar.

“Dua orang terpaksa tarik diri dan mohon dikecualikan, manakala tiga orang gagal tiba di sempadan negara itu dengan China pada waktu akhir yang ditetapkan semalam,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Terdahulu, beliau menyambut kepulangan kesemua mereka yang menjadi mangsa bekerja dengan sindiket penipuan atas talian di Laukkaing.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, buat julung kalinya, Kementerian Luar mendapat kerjasama baik daripada pihak berkuasa Myanmar dalam misi evakuasi berkenaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Yangon ada hantar 10 nota diplomatik kepada pihak junta bagi usaha membawa keluar rakyat kita dan kali ini mereka memberikan bantuan penuh,” katanya

Pada masa sama, ujar beliau, Konsulat Malaysia di Kunming, China yang terletak tidak jauh dari Laukkaing, juga mendapat kerjasama baik daripada pihak berkuasa negara tersebut sekali gus memudahkan urusan evakuasi kerana kesemua mangsa terlibat tiada dokumen perjalanan sah dan sudah bekerja di Myanmar kira-kira setahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, 107 orang adalah lelaki dan baki 14 orang pula perempuan dengan paling ramai berasal daripada Sarawak iaitu 54 orang diikuti Perak seramai 22 orang.

Selebihnya, mereka berasal daripada Kuala Lumpur, disusuli Pulau Pinang (lapan), Pahang (tujuh), Johor (tujuh), Negeri Sembilan (empat) dan Selangor (empat).

Tidak ketinggalan ujarnya, ada juga mangsa yang berasal dari Terengganu iaitu seramai dua orang serta masing-masing seorang sahaja dari Kedah, Kelantan dan Melaka.

Menyentuh mengenai nasib rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang pula, beliau berkata, mereka telah diminta pihak berkuasa untuk pergi ke hospital lapangan di kawasan konflik yang diwujudkan khusus junta negara itu bagi menempatkan sementara warga asing terkandas kerana ia diwartakan zon selamat.

Myanmar dilanda krisis politik susulan tindakan junta melakukan rampasan kuasa pada 2021 lalu kerana mendakwa berlaku penipuan ketika pilihan raya umum setahun sebelum itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya