Kes Covid-19 naik hampir 60 peratus, majoriti kluster pendidikan

Kes Covid-19 naik hampir 60 peratus, majoriti kluster pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,626 kes Covid-19 dicatatkan dalam tempoh seminggu dari 19 November hingga 25 November lalu, iaitu peningkatan 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang dilaporkan pada 12 November hingga 18 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, 48 peratus daripada jumlah kes itu terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun namun lebih 98 peratus bergejala ringan.

“Kes mingguan dikesan melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus.

“Terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dilaporkan dengan sejumlah 121 kes terlibat dalam kluster tersebut. Jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan adalah sebanyak 7,248. Majoriti kluster yang dilaporkan adalah kluster pendidikan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kadar kemasukan pesakit Covid-19 di fasiliti kesihatan meningkat kepada 2.9 peratus bagi setiap 100,000 penduduk, dengan pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) adalah 0.4 peratus.

Menurut beliau, peratus pengisian katil bukan kritikal Covid-19 pula sebanyak 0.9 peratus dan peratusan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan kekal pada 0.2 peratus.

Setakat ini, katanya, sebanyak empat varian Omicron baharu dilaporkan dan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 sebanyak 28,102 kes.

“Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan peningkatan varian Omicron baharu BA.2.86 dengan hampir 46 negara melaporkan varian BA.2.86, hanya dua kes varian itu dilaporkan di Malaysia setakat ini.

“Kes tersebut dikesan melalui aktiviti saringan gejala yang dijalankan di klinik kesihatan. Kedua-dua kes tidak mempunyai sejarah ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum gejala. Mereka telah dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil,” katanya.

Justeru, katanya, walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 dicatatkan, keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

“Kementerian Kesihatan terus memantau situasi dan varian Covid-19 dari semasa ke semasa. Petugas kesihatan sama ada di fasiliti kesihatan awam dan swasta telah diminta untuk sentiasa berwaspada dengan peningkatan kes Covid-19 dan ke atas pesakit yang mempunyai gejala saluran pernafasan akut terutama terhadap golongan yang berisiko tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya