Kendall Jenner, Bad Bunny berpisah - Utusan Malaysia

Kendall Jenner, Bad Bunny berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Selepas 10 bulan bercinta, model terkenal, Kendall Jenner, 28, dikhabarkan telah berpisah dengan kekasihnya yang juga penyanyi rap, Bad Bunny, 29.

Perkembangan itu dikongsikan sumber terdekat kedua pihak kepada media tempatan.

Pasangan itu kali terakhir dilihat bersama pada Oktober sempena sebuah majlis yang diadakan selepas rancangan Saturday Night Live.

Wakil kedua pihak sehingga kini mengunci mulut berkenaan hal tersebut.

Jenner dan Bad Bunny dikatakan mula intim pada Februari tahun ini selepas dirakam keluar bersama.

Namun kemunculan rasmi secara bersama bekas pasangan kekasih itu adalah ketika mereka hadir ke Minggu Fesyen Milan pada bulan September lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya