GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki masih trauma apabila diserang seekor beruk hutan jantan semasa bermain basikal sehingga menyebabkan kulit lengan dan belakangnya terkoyak dalam kejadian di Kampung Meranto di sini, minggu lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari pada 20 November lalu, Mohamad Alif Zahiruddin Mohamad Zainuddin, 4, diserang seekor beruk kira-kira 20 meter dari kawasan rumahnya. Ibu mangsa, Samsuri Ramli, 28, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum dikejutkan dengan suara anak sulungnya yang menjerit kuat. Katanya, dia bergegas keluar rumah dan melihat Mohamad Alif yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya