Kalah Kemaman, BN perlu muhasabah diri

Kalah Kemaman, BN perlu muhasabah diri

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam dan bermuhasabah diri. 

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, BN juga perlu memikirkan hala tuju seterusnya demi menawan semula hati pengundi. 

“Apa-apa pun, kita menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kemaman dengan hati terbuka dan inilah kesuburan proses demokrasi,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini. 

Pas mempertahan kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti besar, 37,220 undi berbanding majoriti yang diperoleh penyandang kerusi itu, Che Alias Abd. Hamid (majoriti 27,179 undi) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU15 menyaksikan Che Alias menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Pejuang, Rosli Ab Ghani hanya memperoleh 506 undian.

Terdahulu, Ka Siong mengucapkan tahniah kepada calon Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar selain menzahirkan penghargaan kepada 27,778 pengundi yang mengundi BN dalam PRK Kemaman. 

“Terima kasih juga buat seluruh jentera Barisan Nasional dan Kerajaan Perpaduan yang telah membantu calon kita, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, sepanjang kempen PRK Kemaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya