Inisiatif Payung Rahmah turunkan inflasi

Inisiatif Payung Rahmah turunkan inflasi

fuziah
FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menurunkan inflasi pada kadar lebih rendah dalam masa setahun di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, kadar inflasi tahun ini menurun kepada 1.8 peratus berbanding 4 peratus yang dicatatkan pada Disember 2022.

“Melalui inisiatif Menu Rahmah dan Jualan Rahmah, pihak KPDN berjaya menurunkan indeks harga pengguna dalam dua subkategori, iaitu dalam subkumpulan makanan di luar rumah dan makanan di rumah daripada 9.6 peratus kepada 5.6 peratus,” katanya ketika ditemui di majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023 di sebuah pasar raya besar di sini hari ini. 

Kerajaan sebelum ini mengumumkan inisiatif Payung Rahmah diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai manifestasi keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat.

Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah akan diperluaskan lebih banyak kawasan di seluruh negara.

Berhubung KBBM, Fuziah berkata, kempen tersebut dilaksanakan untuk menggalakkan pengguna di Malaysia mengutamakan barangan buatan Malaysia dalam perbelanjaan mereka.

“Kempen ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk pelaksanaan antaranya penganjuran karnival dan ekspo jualan bertemakan pembelian barangan tempatan dan pengiklanan promosi melalui pelbagai platform media.

“Pada tahun ini, KPDN mengadakan lima kempen KBBM seluruh negara dan kemuncaknya pada 14 Disember ini yang akan diadakan di pusat beli-belah IOI Putrajaya. 

“Dengan inisiatif ini, kami berharap penyenaraian masuk atau penembusan produk-produk tempatan akan meningkat di pusat-pusat beli-belah, pasar raya, pasar raya besar seta kedai-kedai serbaneka di Malaysia mahupun pasar raya luar negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya