Ini untuk Malaysia - Utusan Malaysia

Ini untuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azira Shafinaz, 32, mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah Pelakon Komedi Wanita Terbaik di acara Asian Academy Creatives Award (ACCA2023), baru-baru ini.

Ahli kumpulan De Fam itu, menerusi Instagram berkongsi berita tersebut dengan peminat sambil memuat naik trofi kemenangannya.

“Benar kata mereka, kerja keras dan dedikasi akan terbayar. Buat pertama kali Selepas 10 tahun dalam industri, saya menggengggam anugerah pelakon wanita komedi terbaik untuk Ijab Kabut.

“Tiada kata dapat menggambarkan betapa bersyukur dan berbesar hatinya saya atas pengiktirafan ini.

“Dari sudut hati yang dalam, saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mempercayai saya. Ini untuk Malaysia,” tulisnya.

Anugerah berprestij itu telah diadakan pada 7 Disember lepas di Singapura. Turut hadir adalah pelakon, Siti Saleha yang tersenarai bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Untuk rekod, Pelakon Komedi Wanita Terbaik ACCA2021 dimenangi pelakon, Susan Lankester menerusi Keluarga Baha Don.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya