India larang eksport bawang: Malaysia terima bekalan dari Pakistan

India larang eksport bawang: Malaysia terima bekalan dari Pakistan, China

MOHAMAD Sabu mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Amanah Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan memberi jaminan bekalan bawang adalah mencukupi selepas India melarang eksport bahan makanan itu sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun ketiadaan bawang dari India, Malaysia masih mempunyai bekalan diimport dari China, Thailand dan Pakistan.

“Kita sudah buat persiapan sekiranya berlaku kekurangan bekalan bawang susulan keputusan Kerajaan India.

“Saya belum mendapat pengesahan rasmi dan kita akan dengar secara rasmi. Insya-Allah tidak akan berlaku kekurangan bekalan bawang di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka di sini, hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berkenaan keputusan India melarang eksport bawang sehingga Mac 2024.

Kerajaan India memutuskan untuk memindahkan eksport bawang daripada kategori bebas kepada larangan sehingga 31 Mac 2024, menurut Direktorat Perdagangan Luar Negeri.

Kenaikan harga makanan di negara paling ramai penduduk dunia itu boleh menjadi isu yang mencetuskan pergolakan politik, terutama menjelang pilihan raya Parlimen tahun depan.

Sebelum ini, New Delhi menetapkan harga eksportnya kepada AS$800 satu tan metrik bagi mengurangkan eksport dan mengekang lonjakan harga tempatan.

Berkaitan isu harga bawang yang dijangka naik, Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya