Gaduh di Instagram, Selena Gomez sahkan hubungan cinta - Utusan Malaysia

Gaduh di Instagram, Selena Gomez sahkan hubungan cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi terkenal, Selena Gomez, mengesahkan khabar angin bahawa dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan penerbit lagu, Benny Blanco.

Dalam sebuah hantaran di Instagram, seorang peminat mempertikaikan keputusan penyanyi ‘Lose You to Love Me’ itu yang memilih Benny Blanco sebagai teman istimewa.

Selena kemudian tampil mempertahankan Benny menerusi beberapa komen di hantaran berkenaan. Tangkap layar komen tersebut kemudian menjadi tular di media sosial.

Selena menyifatkan Benny sebagai perkara terbaik yang pernah terjadi dalam hidupnya.

“Dia adalah segalanya di hati saya.

“Dia adalah perkara terbaik yang pernah terjadi kepada saya. Dia masih yang terbaik berbanding kekasih saya sebelum ini,” tulis Selena.

Tidak lagi berselindung, pengasas The Rare Beauty itu juga memuat naik sekeping gambar hitam putih bersama lelaki itu menerusi Instastory.

Sejak semalam, Selena Gomez memberi petanda bahawa dirinya sudah berpunya namun enggan mendedahkan butiran mengenai kekasihnya itu.

Ketika itu, gosip mengenai dirinya dan Benny sudahpun bertebaran.

Benny yang juga pernah menghasilkan lagu untuk artis terkenal seperti Justin Bieber, The Weeknd, Ketty Perry, Kesha dan Britney Spears itu juga pernah beberapa kali bekerja dengan Selena menerusi lagu Same Old Love dan Kill Em With Kindness.

Sebelum ini, Selena pernah menjalin cinta dengan penyanyi Justin Bieber dan The Weeknd namun putus di tengah jalan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya