PETALING JAYA: Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita warga asing dalam serbuan ke atas sebuah premis pelacuran di Jalan Pudu, di sini semalam.
Menerusi operasi itu, semua mereka ditahan berusia di antara 27 hingga 39 tahun.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hasil serbuan itu, tiga gulung tisu dan tuala dirampas.
Kata beliau, turut dirampas iaitu 12 keping kondom, tiga kad akses, dua buku catatan dan wang tunai RM820.
“Kesemua individu itu direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN