DUN Perak: 1,402 kes penganiayaan, pengabaian kanak-kanak - Utusan Malaysia

DUN Perak: 1,402 kes penganiayaan, pengabaian kanak-kanak

SALBIAH Mohamed pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN PEJABAT MB PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 1,402 kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku di negeri Perak dari tahun 2020 hingga 30 November 2023.

Mengikut rekod, bagi tahun 2020 terdapat sebanyak 332 kes, meningkat menjadi 370 pada tahun 2021, naik lagi kepada 532 kes pada tahun 2022 dan menurun kepada 168 kes bagi tahun 2023 setakat 30 November 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dan operasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kes terbabit terbahagi kepada empat jenis penderaan iaitu seksual, fizikal, emosi dan penderaan secara pengabaian seperti dibuang atau tiada ibu bapa.

Katanya, peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2021 dan 2022 yang merupakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat serangan Covid-19.

Jelasnya, dalam tempoh tersebut, tekanan dan kesulitan hidup rakyat yang terpaksa berkurung di rumah telah membuatkan emosi amat menekan sehinggakan kanak-kanak turut dijadikan mangsa.

Kata beliau, Kerajaan Negeri Perak sedar dan bersikap cukup kritikal terhadap kes berkaitan kanak-kanak ini yang diberi perhatian secukupnya.

“Walaubagaimanapun, pola peningkatan kes seperti apa yang saya kongsikan hari ini kita tidak boleh hanya dilihat dari satu sisi pandang sahaja, tetapi kita juga perlu melihat dari satu sisi pandang yang amat positif dimana timbulnya kesedaran yang tinggi dikalangan rakyat, Masyarakat mahupun ibu bapa untuk melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan S. Wasanthee (PKR-Hutan Melintang) yang bertanyakan jumlah kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku di Perak dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Salbiah berkata, sepanjang tahun ini, kerajaan negeri melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk melawan serta melaporkan kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya