Dua maut tercampak dalam nahas tiga kereta - Utusan Malaysia

Dua maut tercampak dalam nahas tiga kereta

Dua kemalangan
PASUKAN bomba membantu mangsa terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan dekat Persiaran Sultan Ibrahim di Klang, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua lelaki menemui ajalnya apabila tercampak ke dalam longkang selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga sedan dekat Persiaran Sultan Ibrahim, di sini, awal pagi tadi.

Selain dua lelaki itu, dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi dan dua lelaki dewasa lain mengalami cedera parah dalam insiden melibatkan kenderaan jenis Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry yang dipercayai dalam perjalanan menghala ke Shah Alam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, bomba menerima panggilan pada pukul 6.23 pagi sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang ke tempat kejadian.

“Dalam laporan awal, kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan yang melibatkan tujuh orang mangsa. Mangsa terdiri daripada 2 org kanak-kanak perempuan , 1 org bayi dan 2 lelaki dewasa melayu mengalami kecederaan.

“Manakala dua org lagi mangsa lelaki dewasa tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggalkan dunia oleh pihak KKM,” katanya kepada pmberita, hari ini.

Ahmad Mukhlis menambah, kesemua mangsa di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR) untuk tindakan lanjut, lima mangsa untuk diberikan rawatan manakala dua yang meninggal dunia ditempatkan di Jabatan Forensik.

Sementara itu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara ketika dihubungi memaklumkan kejadian masih dalam siasatan. UTUSAN

Berita lanjut menyusul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya