Dua maut kemalangan van dan lori

Dua maut kemalangan van dan lori

DUA maut dalam kemalangan van dan lori di Jalan Mersing berhadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP) petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah van dan lori yang berlaku di Jalan Mersing berhadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing petang tadi.

Mangsa maut dikenali sebagai Lew Kim Wah, 56 merupakan pemandu van dan juga penumpangnya Choong Yee Hoong, 62.

Enam lagi penumpang van iaitu dua wanita dewasa alami cedera manakala empat penumpang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita selamat dalam kejadian itu.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata pemandu lori dua tan turut selamat dalam kemalangan itu.

Katanya, pihaknya menerima maklumat panggilan kecemasan itu pada pukul 6.13 petang dan menghantar 10 anggota juga sebuah jentera ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan jenis lori dua tan dan sebuah van persendirian.

“Terdapat 9 orang mangsa terlibat, dua daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mangsa maut bukan disebabkan tersepit akibat kemalangan itu.

“Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Muiz menambah, mangsa yang cedera juga dibawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya operasi ditamatkan pada pukul 7.39 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN