Dadah: Lelaki 30-an berdepan hukuman gantung

Dadah: Lelaki 30-an berdepan hukuman gantung

DADAH jenis syabu seberat 1,070 gram yang berjaya dirampas oleh polis pada Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Lelaki berusia 30-an berdepan hukuman gantung selepas ditahan pihak polis dan mendapati mempunyai dadah jenis Methamphetamine atau Syabu seberat 1070 gram, pada petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berkenaan ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sebuah bangunan di Jalan Oya di sini dan dipercayai pengedar dadah.

“Suspek ditahan pada pukul 5 petang ketika menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Axia.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis telah merampas satu plastik lutsinar kedap udara yang berisi pepejal kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat kasar 1,070 gram bernilai RM35,310,” katanya.

Jelasnya, hasil ujian saringan awal polis yang dibuat ke atas suspek didapati negatif dadah dan suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan telah direman selama enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan.

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952, suspek boleh dikenakan mandatori gantung sampai mati,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya