Choi dahului hari pertama Saujana Amatuer Championship ke-33

Choi dahului hari pertama Saujana Amatuer Championship ke-33

JUN Hee Choi mencatat 69 pukulan pada hari pembukaan kejohanan golf Saujana Amatuer Championship ke-33 di SGCC, Subang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Pemain dari Korea, Jun Hee Choi mendahului hari pembukaan kejohanan Saujana Amatuer Championship kali ke-33 yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club (SGCC), di sini hari ini.

Beraksi di lapangan Cobra, Choi mencatat enam birdie dan tiga bogey untuk mengumpul 69 pukulan tiga di bawah par untuk mengetuai kumpulan 92 pemain yang terdiri daripada 11 negara.

Choi yang menamatkan permainan di tempat ketiga pada kejohanan Malaysian Amateur Open baru-baru ini diekori rapat oleh pemain dari Malaysia, Maxwin Chiew Jian Weng dengan 70 pukulan, ketinggalan satu pukulan di belakang.

Menduduki tangga ketiga ialah pemain dari Sri Lanka, Chalitha Pushpika yang merekod 71 pukulan.

Menurut Pengurus Besar SGCC, SA Nathan, pihaknya gembira dengan penyertaan daripada 11 buah negara pada kejohanan kali ke-33 ini.

Katanya, selepas kejohanan ini terhenti akibat pandemik Covid-19, ia kembali dirancakkan dengan penyertaan dari Korea, Australia, Sri Lanka, Thailand, Jepun dan lain-lain.

“Kami gembira dengan penyertaan yang menggalakkan terutamanya dari luar negara, selepas kejohanan ini terhenti disebabkan wabak itu.

“Pada kejohanan kali ini, kami menyediakan kondisi lapangan Cobra yang terbaik yang pastinya akan menjadi kebanggaan dan matlamat setiap pemain golf,” katanya. – UTUSAN

KEPUTUSAN

69 Jun Hee Choi (KOR)

70 Maxwin Chiew (MAS)

71 MH Chalitha Pushpika (SLK)

72 Thanawin Lee (THA), Andrew Yap, Anson Yeo, Hariz Hezri (MAS)

73 Seunghyun Pi (KOR), Poon Jia Hao (MAS), Siwakorn Kriangkrai (THA), Hadi Irfan (MAS)

74 Josiah Edwards (AUS), Carl Lund, Aiden Kai, Joshua Lim,

75 Mohd Faiq (MAS), Anthony Joseph (AUS)

76 Danny Millis, Sharnaz Shukor, Nathan Wong (MAS)

77 Priyamantha (SLK), Daichi Hayashi (JPN)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya