Bekalan daging lembu Ramadan, Aidilfitri mencukupi - Utusan Malaysia

Bekalan daging lembu Ramadan, Aidilfitri mencukupi

Bekalan daging
CHAN Foong Hin ditemui pemberita selepas merasmikan program 'The Cattle Ranch' dekat Taman Botani Negara di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekalan daging lembu di seluruh negara dijamin mencukupi menjelang sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, bekalan daging tempatan ketika ini mampu dihasilkan sehingga 250,000 tan metrik setahun.

Jelas beliau, jumlah itu mungkin tidak besar namun masih mencukupi bagi pasaran terutama ketika musim perayaan.

“Selain pengeluaran lembu tempatan, kita masih menggunakan daging import dari luar negara.

“Justeru, bekalan daging lembu setakat ini dijamin mencukupi menjelang bulan puasa dan Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program ‘The Cattle Ranch’ di Taman Botani Negara, hari ini.

Menurut Foong Hin, pengeluaran daging tempatan diharap dapat ditingkatkan bagi mencapai sasaran 50 peratus daging (SSR) menjelang 2025.

“Pada waktu ini, Malaysia hanya mempunyai kira-kira 24 peratus SSR berkenaan setiap tahun. Kita berharap jumlah itu dapat dipertingkatkan lagi antaranya dengan memperluaskan ternakan lembu secara fidlot bagi memenuhi keperluan bekalan tempatan dan eksport,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyalurkan peruntukan RM8.2 juta bagi 255 usahawan memiliki 11,000 ternakan lembu sejak 2015.

“Inisiatif memberi pendedahan kepada usahawan dari seluruh negara itu amat baik dalam memastikan agenda penyediaan makanan negara tercapai.

“Saya turut berharap penglibatan belia terus dipertingkatkan untuk berkecimpung dalam sektor agro makanan dengan menawarkan penggunaan aplikasi berteknologi tinggi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya