KUALA TERENGGANU: Tempahan bilik penginapan di kebanyakan hotel di Terengganu merudum sehingga 20 peratus selepas kejadian gelombang pertama banjir di negeri ini, minggu lalu. Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Chapter Terengganu, Suaibah Harun berkata, kadar purata tempahan bilik penginapan kebanyakan hotel di Terengganu sebelum berlakunya banjir ialah 40 peratus. Bagaimanapun, beliau berkata, difahamkan kadar tempahan Disember merosot 20 peratus malah terdapat hampir 10 peratus pembatalan tempahan sebaik sahaja Terengganu dilanda…










