Banjir Sabah: 169 mangsa dipindahkan ke tiga PPS

Banjir Sabah: 169 mangsa dipindahkan ke tiga PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 169 orang mangsa terjejas banjir di dua daerah di Sabah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini sejak semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan setakat ini 142 orang mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke PPS di Sandakan dan 27 orang daripada sembilan keluarga dipindahkan ke PPS di Paitan.

Tiga PPS yang dibuka adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol dan Rumah JPKK Cocos di Paitan dan Masjid Nur Iman, Kampung Sungai Memanjang di Sandakan.

Bencana banjir di Paitan diisytiharkan bermula 2 petang semalam manakala, bencana banjir di Sandakan diisytiharkan pada pukul 3.45 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kecil Paitan dan JPBD Sandakan masing-masing mengisytiharkan bencana banjir dengan pembukaan tiga PPS di kedua-dua daerah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya