Banjir: PPS SK Tualak ditutup

Banjir: PPS SK Tualak ditutup

PPS SK Tualak ditutup setelah banjir kilat pulih di Kampung Labi, Mukim Tualak di Pdaang Terap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tualak yang menempatkan 31 mangsa banjir kilat di daerah ini ditutup pada pukul 11.30 pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim berkata, penutupan itu dipersetujui Pegawai Daerah Padang Terap merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Penutupan itu berdasarkan kepada situasi dan keadaan semasa banjir kilat yang sudah pulih di Kampung Labi setakat ini selain faktor cuaca juga bertambah baik,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 31 mangsa banjir daripada sembilan keluarga di kampung berkenaan di Mukim Tualak dipindahkan ke PPS SK Tualang sejak malam tadi ekoran rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat.

PPS tersebut dibuka kira-kira pukul 12 tengah malam tadi bagi menempatkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 12 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa dan empat kanak-kanak. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN