Banjir: Amaran ribut petir, hujan lebat hampir dua jam

Banjir: Amaran ribut petir, hujan lebat hampir dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir dua jam dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri-negeri dilanda banjir, sehingga pukul 5 petang.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), ia membabitkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor (Muar, Batu Pahat dan Pontian).

Selain empat negeri itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di kebanyakan kawasan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

“Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang); Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).

“Selain itu di Sarawak – Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song) serta di Sabah – Sandakan (Tongod dan Telupid) dan Kudat (Kota Marudu),” menurut catatan di Facebook.

Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN