Arwah anak ADUN Sri Medan terima Ijazah Anumerta MMU

Arwah anak ADUN Sri Medan terima Ijazah Anumerta MMU

ZAKRI Abdul Hamid menyampaikan ijazah anumerta MMU kepada bapa arwah, Zulkurnain Kamisan pada Majlis Konvokesyen MMU, Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Buat kali pertama dalam sejarah penubuhannya, Universiti Multimedia (MMU) menganugerahkan Ijazah Anumerta kepada salah seorang bekas pelajarnya.

Ijazah itu diserahkan kepada Allahyarham Abid Fiqri Iskandar Zulkurnain, pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Strategik) yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

Ijazah itu disampaikan oleh Pro Canselor MMU, Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid kepada bapa arwah, Datuk Zulkurnain Kamisan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU), hari ini.

Sementara itu, Zulkurnain ketika ditemui berkata, pihaknya menghargai pengiktirafan yang diberikan MMU terhadap arwah terutama sepanjang pengajian arwah di universiti itu.

“Ini penghargaan yang cukup tinggi buat saya sekeluarga. Malah, ia juga memberi semangat kepada pelajar lain di luar sana bahawa MMU sentiasa menghargai pelajarnya.

“Saya harap MMU akan terus maju jaya,” katanya yang menyifatkan arwah anaknya sebagai seorang ceria dan sentiasa menghargai setiap orang yang berada di sekelilingnya.

Difahamkan, arwah meninggal dunia pada 4 Disember 2022 akibat masalah kesihatan.

Sementara itu, istiadat majlis konvokesyen MMU kali ke-24 bermula semalam hingga hari ini meraikan kejayaan seramai 3,477 graduannya.

Kemuncak sesi pertama ialah pengurniaan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang kepada Tun Md. Raus Sharif, bekas Ketua Hakim Negara selain Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan kepada Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

Di samping itu, buat julung kalinya, MMU turut menganugerahkan Anugerah Kehormat Permata Dunia kepada pelawak era 50an iaitu Mat Sentul atau nama sebenarnya, Abdul Rasip Yahya, 90, atas sumbangan dan impak luar biasa kepada bidang kepakaran khas.

Pada majlis itu, seramai 951 graduan menerima diploma, 2,297 orang (Ijazah Sarjana Muda), 198 orang (Ijazah Sarjana) dan 31 orang penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya