Arafat enggan dedah nama ADUN PN didakwa mahu sokong kerajaan - Utusan Malaysia

Arafat enggan dedah nama ADUN PN didakwa mahu sokong kerajaan

MUHAMAD ARAFAT VARISAI MAHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad enggan mendedahkan nama ADUN Perikatan Nasional (PN) Perak yang didakwanya mahu menyokong pentadbiran Kerajaan Perpaduan Perak.

Beliau bagaimanapun menegaskan, gesaan dirinya bertindak demikian dengan meminta rujukan dibuat kepada apa yang berlaku di peringkat Dewan Rakyat.

ADUN itu merujuk situasi apabila Ahli-ahli Parlimen PN pada mulanya menyokong kepimpinan parti, namun kemudiannya beberapa daripada mereka beralih sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di situ kita boleh nampak cabaran yang dibuat itu untuk menutup kekurangan dan kelemahan parti PN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin semalam mencabar ADUN Hulu Kinta itu untuk mendedahkan nama ADUN seperti didakwanya.

Mengulas lanjut, Muhamad Arafat  meminta Zainol Fadzi lebih menumpukan kepada partinya yang dianggap beliau berada dalam keadaan bermasalah.

ADUN PKR itu menyatakan beliau juga akan bertemu dengan kepimpinan partinya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad semalam berkata tiada sesiapa merujuk atau memaklumkan kepadanya berkenaan ADUN Pembangkang negeri yang beralih sokongan kepada pentadbiran negeri dan meminta Muhamad Arafat Varisai bertanggungjawab atas kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya