Anesthetic ketamine punca kematian Mathew Perry? - Utusan Malaysia

Anesthetic ketamine punca kematian Mathew Perry?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Mathew Perry disahkan meninggal dunia akibat kandungan berlebihan anesthetic ketamine dalam badan.

Perkara itu disahkan Jabatan Pemeriksaan Perubatan Los Angeles menerusi laporan autopsi yang dikongsikan kepada media tempatan, baru-baru ini.

“Jumlah anesthetic ketamine yang dikenal pasti dalam badannya cukup untuk membuatkan mendiang tidak sedarkan diri sebelum lemas.

“Pengambilan dadah sedatif adalah berbahaya lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berseorangan di kolam renang atau tub mandi,” kata pemeriksa, Dr. Andrew Stolbach.

Sumber rapat mendiang memberitahu Stolbach bahawa Perry lebih seminggu sebelum kematiannya telah menjalani terapi menggunakan dadah jenis itu untuk masalah depresi dan kerisauan melampau yang dialaminya.

Stolbach bagaimanapun memaklumkan anesthetic ketamine yang diberikan kepada mendiang berpotensi terurai dalam masa beberapa jam dan kandungan yang digunakan adalah pada kadar standard untuk mana-mana prosedur pembedahan.

Laporan itu pada masa sama turut mengesahkan penyakit arteri koronari juga antara punca kematian selain dadah jenia buprenorfina yang dikesan dalam tubuh mendiang.

Perry disahkan meninggal dunia hujung Oktober lepas selepas ditemukan lemas dalam kolam renang di kediamannya dekat sini.

Mendiang merupakan bintang ternama yang populatirinya melonjak sebagai Chandler Bing dalam sitkom Friends.

Beliau sebelum kematiannya mengesahkan dirinya 19 bulan bebas dari ketagihan alkohol dan dadah yang membelenggu hidupnya sekian lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN