Anak saya seorang yang taat - Bapa mangsa pokok tumbang

Anak saya seorang yang taat – Bapa mangsa pokok tumbang

KEADAAN kereta mangsa yang maut selepas dihempap pokok di Jalan Bukit Belacan, Kampung Lembah Jaya Utara kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Bapa kepada penunggang motosikal, Muhammad Hisyammuddin Ahmad Syakif, 23, yang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Belacan, Kampung Lembah Jaya Utara menyifatkan remaja itu sebagai anak yang taat.

Ahmad Shakif Mohd, 52, berkata, dia tidak menyangka anaknya pergi dahulu dalam usia yang masih muda.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak saya kira-kira pukul 4.00 petang oleh rakannya.

“Ketika kejadian, Hisyammuddin sedang dalam perjalanan ke rumah rakannya untuk memulangkan motosikal rakannya sebelum terbabit dengan insiden itu,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata beliau, sebaik mengetahui insiden itu, dia terus bergegas ke Hospital Ampang dan difahamkan anak saya meninggal dunia dalam ambulans semasa menuju ke hospital.

“Semasa melihat jenazahnya, saya sudah redha dan mengikhlaskan pemergiannya

“Saya sempat junpa anak ketiga saya itu ketika dia pulang untuk makan tengah hari. Sudah menjadi rutin bagi Hishamuddin yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk pulang makan di rumah masa rehat pada tengah hari,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Shakif berkata, adik bongsu kepada Allahyarham adalah orang yang paling merasa kehilangan arwah kerana dia merupakan tulang belakang keluarga dan tidak pernah mengabai tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

“Jenazah Hishammuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, pada petang ini,” jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi lelaki yang maut, Radin Abd. Khalim Radin Mahfudz, 64, dikatakan sempat hantar anaknya dialisis sebelum dihempap pokok tumbang

Anak mangsa, Radin Muhd. Nur Amri, 33, berkata, memang rutin bapanya setiap minggu akan hantar adiknya menerima rawatan itu di Hospital Ampang.

Kata beliau, bapanya akan pergi ke pusat dialisis berkenaan sebanyak tiga kali seminggu.

Sejak awal tahun ini adik saya ada masalah buah pinggang, memang rutin ayah seminggu tiga kali hantar adik nombor tujuh ke Hospital Ampang ulang-alik dari Hulu Langat.

“Mungkin nak dijadikan cerita, waktu menunggu agak lama jadi dia pergi untuk berjumpa dengan rakan, tak sangka Abi terlibat pula dengan kemalangan,” katanya ketika ditemui

Terdahulu, media melaporkan seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta disahkan maut dalam kejadian pokok tumbang di jalan utama Kampung Lembah Jaya Utara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian membabitkan dua lelaki tempatan berusia 64 dan 23 tahun itu pada pukul 3.51 petang kejadian.

Menurut beliau, pemandu kenderaan jenis pelbagai guna Avanza meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal disahkan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN