Ambil tindakan jika ancaman berulang - Nabila Huda

Ambil tindakan jika ancaman berulang – Nabila Huda

NABILA HUDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nabila Huda, 38, bakal mengambil tindakan ke atas sebarang ancaman keterlaluan yang diterima pelakon itu atau keluarganya dalam media sosial.

Kata pelakon yang mesra disapa Abil itu, dia tidak boleh membiarkan keselamatan diri serta keluarga diperkotak-katikkan justeru akan melakukan apa sahaja untuk menghentikan ugutan yang diterima.

“Ugutan diterima sebelum ini adalah menerusi media sosial, jadi kena fikir cara untuk hentikannya. Sukar nak ambil tindakan sebenarnya memandangkan saya pun tidak kenal individu yang membuat ugutan.

“Dalam apa keadaan sekalipun, saya tetap berjaga-jaga. Jika perkara sama berulang, saya akan ambil tindakan.

“Buat masa ini, saya hanya berdoa agar tidak ada perkara buruk yang berlaku kepada keluarga saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pelakon filem Rahsia itu sebelum ini berdepan ugutan daripada seorang individu dipercayai warga Indonesia yang mengancam untuk menculik anaknya, Kesha Laila.

Ugutan itu diterima selepas individu terbabit menuduh Nabila mencuri budaya Indonesia selepas berpenampilan seperti wanita Jawa untuk menghidupkan watak dalam pementasan Lantai T Pinkie.

Dalam pada itu, Nabila mengakui agak khuatir dengan sebilangan besar pengguna media sosial zaman sekarang yang bertindak luar waras dengan melayangkan ugutan dan ancaman dengan sewenang-wenangnya.

“Ramai yang gila dan terlalu obses dengan media sosial sehingga melakukan tindakan yang merepek. Keadaan sekarang semakin menakutkan.

“Saya tidak suka cari masalah dengan orang lain, apatah lagi menyimpan dendam atau membuat orang berdendam dengan saya.

“Kita tidak tahu apa kesannya pada masa akan datang. Apa pun keadaannya, saya tetap akan lindungi keluarga dan pastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN