Amaran hujan peringkat waspada di Pantai Timur hingga Ahad

Amaran hujan peringkat waspada di pantai timur Semenanjung hingga Ahad

PENDUDUK kampung melalui jalan yang digenangi air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lepas semasa tinjauan di Kampung Atas Tol, baru-baru ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang berkuat kuasa sehingga Ahad ini. 

Menurut Met Malaysia, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung dalam tempoh itu yang boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit. 

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya dalam kenyataan. 

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN