Adira fail cerai kali kedua - Utusan Malaysia

Adira fail cerai kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Biarpun baru sahaja beraksi di pentas akhir Famili Duo 3 malam tadi, Adira hari ini tetap hadir ke sebutan kedua tuntutan cerainya terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di sini.

Bagaimanapun, Adira yang ditemani kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) enggan memberi sebarang kenyataan berhubung proses tuntutan cerai yang difailkan pada 25 Oktober lalu itu.

Dalam pada itu, Adnan atau popular dengan nama Datuk Red, 42 gagal hadir bersama wakil bagi meneruskan proses tersebut hari ini.

Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar yang mendengar kes tersebut menegur Adnan yang dianggap sengaja melambat-lambatkan proses JKP.

Abdul Hadi kemudian menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.

Sebelum ini, Adira pernah memfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019.

Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Untuk info, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Sebelum ini, Datuk Red berkahwin dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan dikurniakan lima cahaya mata.

Adnan juga sebelum itu pernah berkahwin di usia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan dikurniakan dua cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya