Ada tujuh, lapan ahli Parlimen PN akan sokong PM

Ada tujuh, lapan ahli Parlimen PN akan sokong PM

SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya tujuh atau lapan ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini selepas lima ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan terhadap kerajaan dalam tempoh tiga bulan sebelum ini.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Katanya, beliau membuat dakwaan sedemikian kerana mereka berhubung dengan beliau untuk menyatakan sokongan tersebut.

“Dulu ada lima ke enam orang ahli Parlimen. Sekarang ada tujuh ke lapan orang ahli Parlimen yang akan sokong Perdana Menteri.

“Nama tak boleh umum lagi, tunggu masa dan lihat akan ada pengumuman mereka yang akan menyokong kerajaan. Insya-Allah, dalam masa terdekat, dari PN dan beberapa negeri,” katanya dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini.

Katanya, semakin ramai ahli Parlimen PN bersedia berbuat demikian kerana keengganan pucuk pimpinan mengadakan rundingan rasmi dengan pihak kerajaan berhubung peruntukan kawasan.

“Ramai ahli Parlimen PN tanya kenapa tak dapat peruntukan. Kerajaan suruh runding, kenapa tak runding. Ahli Parlimen dari Pas pun merungut juga tak ada peruntukan, tapi mereka dengan cara mereka, jadi mereka teruskan.

“Saya orang parti dan apa usaha yang dilakukan PN, saya berikan masa, walaupun tegur banyak kali tapi sehingga setahun pun tak boleh runding malah ada dua orang lagi keluar dan sebab itu akan ada beberapa orang lagi akan keluar,” katanya.

Katanya, jika PN terus berdegil enggan berunding dengan pihak kerajaan, golongan pengundi Melayu mungkin tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

“Apa akan jadi pada PN, mereka jaga kawasan Melayu dan kalau tak bersedia untuk berunding maknanya tak dapat peruntukan, dah setahun tak berunding apa cerita.

“Kalau tak mampu berunding, lantiklah wakil yang boleh berunding. Sebagai ahli Parlimen dalam negara demokrasi, patutnya ahli Parlimen pembangkang lebih terbuka dan gentleman.

“Saya tak boleh tunggu begitu lama nak tebuk atap. Sekarang atap dah tak ada, yang ada bumbung konkrit, bukan senang nak tebuk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya