77 rakyat Malaysia ditahan jadi keldai dadah

77 rakyat Malaysia ditahan jadi keldai dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kes tangkapan rakyat Malaysia di luar negara yang dikaitkan dengan keldai dadah atau drug mule dikesan semakin meningkat dan membimbangkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, siasatan mendapati rakyat negara ini diperalat oleh sindiket dadah dengan menawarkan upah lumayan diantara RM5,000 sehingga RM10,000 untuk menyeludup dadah ke luar negara melalui media sosial.

Kata beliau, seramai 77 rakyat negara ini ditahan di luar negara atas kesalahan menyeludup  dadah sejak 2021 sehingga November lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 32 orang ditahan pada 2021, diikuti 2022 (17 orang) selain Januari hingga November lalu (28 orang).

“Mereka ini diperdaya dan menjadi mangsa selepas ditahan di pintu masuk pelbagai negara destinasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kata beliau, situasi ini amat membimbangkan dan masyarakat diingatkan lebih berhati-hati dan berwaspada supaya tidak terpedaya dengan sindiket dadah yang semakin licik.

Jelas beliau, pelbagai habuan tinggi ditawarkan mereka dalam laman sosial untuk mencari mangsa untuk dipergunakan sebagai penyeludup dadah ke luar negara.

“Justeru, JSJN mengingatkan kepada seluruh masyarakat supaya dapat menghubungi hotline JSJN di talian 012-2087222 dengan kadar segera sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan atau keraguan berkenaan tawaran percutian percuma.

“(Ini termasuk tawaran) kerja di luar negara atau lain-lain tawaran dengan gaji lumayan,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya