3 suspek direman kes lelaki warga emas maut ditikam 27 kali - Utusan Malaysia

3 suspek direman kes lelaki warga emas maut ditikam 27 kali

V. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis menahan tiga suspek kes membabitkan seorang lelaki warga emas yang maut ditikam sebanyak 27 kali di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak, di sini petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, kesemua suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia

29 hingga 42 ditahan di sekitar kawasan Jelutong kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Jelas beliau, suspek-suspek itu merupakan rakan kepada mangsa dan mereka ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

”Mereka direman selama tiga hari sehingga 8 Disember ini dan motif pembunuhan belum dapat dikenal pasti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam seorang lelaki warga emas berusia 60-an maut selepas ditikam 27 kali dengan menggunakan pisau di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.18 petang itu, mangsa dipercayai ditikam 27 kali di bahagian leher dan seluruh badan oleh suspek yang menaiki motosikal.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya