20 ditaja caruman Perkeso

20 surirumah, bekerja sendiri ditaja caruman Perkeso

ZULKARNAIN Kamisan (dua dari kanan) menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah (kiri) menyampaikan faedah caruman kepada Azhan Basri yang mengalami kecedereaan patah paha kanan akibat kemalangan lori ketika hadir dalam Karnival Kerjaya Myfuturejobs dan Pendidikan Batu Pahat di Dewan Taman Industri Sri Sulong di Batu Pahat hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seramai 10 suri rumah dan 10 individu yang bekerja sendiri menerima tajaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri oleh Yayasan Makmur Batu Pahat hari ini.

Pengerusi Yayasan Makmur Batu Pahat, Datuk Zulkarnain Kamisan berkata, tajaan ini adalah sebagai satu langkah awal pihaknya menggalakkan orang ramai memanfaatkan skim disediakan PERKESO sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlaku.

Katanya, kesedaran dan pengetahuan rakyat terhadap skim-skim ditawarkan PERKESO amat berkurangan menyebabkan mereka tidak melakukan sebarang caruman.

“Sebagai permulaan, kami memberikan tajaan kepada 20 individu yang bekerja sendiri dan suri rumah, diharapkan langkah ini dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk turut sama mencarum.

“Promosi terhadap skim ini juga amat berkurangan dan diharapkan PERKESO dapat lebih aktif bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dan pihak berkuasa setempat untuk membawanya kepengetahuan umum,” katanya.

Zulkarnain yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong berkata demikian ketika ditemui dalam Karnival Kerjaya Myfuturejobs dan Pendidikan Batu Pahat di Dewan Taman Industri Sri Sulong di Batu Pahat hari ini.

Menurut Zulkarnain lagi, pemimpin setempat juga disarankan untuk menjadikan skim-skim ditawarkan PERKESO sebagai salah satu khidmat komuniti kepada masyarakat dibawah kawasan tanggungjawab masing-masing disini.

Ujarnya, orang ramai juga disarankan untuk memanfaatkan peluang seperti ini kerana ia bukan sahaja untuk kebaikan diri namun juga ahli keluarga.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN