Yazmin Aziz teruja, nyanyi One Love dengan Blue - Utusan Malaysia

Yazmin Aziz teruja, nyanyi One Love dengan Blue

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Yazmin Aziz berkongsi momen istimewa menyanyi bersama kumpulan antarabangsa, Blue di Instagramnya, hari ini.

Dalam video tersebut, Yazmin dirakam teruja menyanyikan lagu One Love bersama kumpulan asal Britain itu.

“One Love bersama officialblue, jejaka-jejaka ini adalah bakat asli yang penuh kasih sayang.

“Bersyukur untuk satu lagi impian yang menjadi nyata,” tulisnya.

Blue merupakan kumpulan R&B dan Pop yang terkenal sekitar awal 2000.

Dianggotai Antony Costa, Simon Webbe, Duncan James dan Lee Ryan, Blue pernah meledak dengan lagu All Rise dan One Love.

Kehadiran mereka ke Malaysia kali ini adalah untuk persembahan sempena ulang tahun sebuah syarikat hartanah di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN