Wanna Ali ditawar jadi 'escort girl' - Utusan Malaysia

Wanna Ali ditawar jadi ‘escort girl’

WANNA ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pe­nyanyi, Wanna Ali mendedahkan pernah ditawar menjadi gadis pengiring untuk memuaskan nafsu lelaki ‘berhidung belang’ yang kebanyakannya terdiri daripada golongan kenamaan.

Menurut Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd. Ali, 25, tawaran tersebut diberikan oleh individu tidak dikenali yang menghubunginya menerusi Instagram.

“Menerusi mesej itu dia tanya adakah saya berminat menjadi gadis pengiring sambil menyatakan habuan lumayan yang diberikan sekiranya saya bersetuju menerima tawaran tersebut.

“Saya ambil pendekatan untuk abaikan sahaja perkara-perkara sebegini kerana saya tahu ia dihadapi semua pelakon lebih-lebih lagi yang meningkat naik,” katanya.

Wanna Ali ditemui Utusan Malaysia pada sesi tayangan episod akhir drama Bukan Sekadar Lafaz, baru-baru ini.

Penyanyi Jika Kau Benar pada masa yang sama menegaskan tidak akan membiarkan gangguan-gangguan sedemikian mengganggu fokusnya kepada kerjaya nyanyian dan lakonannya.

“Saya ambil pendekatan tidak balas atau layan mesej-mesej sebegitu.

“Lagi pula saya tidak pasti sama ada individu itu benar-benar wujud atau tidak. Boleh jadi dia sekadar ingin mengganggu saya.

“Nasihat saya kepada wanita lain yang mene­rima mesej seperti ini, jangan layan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya