Wanita pengarah syarikat rugi RM2.4 juta ditipu scammer - Utusan Malaysia

Wanita pengarah syarikat rugi RM2.4 juta ditipu scammer

Letupan
MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian (scammer).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan pada Jumaat lalu daripada wanita berusia 39 tahun itu yang mendakwa memindahkan wang tersebut secara berperingkat sebanyak enam transaksi.

Menurutnya, mangsa diarahkan oleh scammer terbabit memindahkan wang ke dalam enam akaun bank berbeza sebelum diberitahu berjaya memperoleh keuntuingan sebanyak RM256,000.

“Walau bagaimanapun apabila mangsa hendak buat pengeluaran wang keuntungan tersebut, mangsa dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu sebanyak RM523,000.00.

“Mangsa yang rasa ditipu telah hadir membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, pada awalnya wanita itu mengetahui kewujudan pelaburan tersebut menerusi media sosial, Facebook sebelum klik pada pautan dalam hantarannya dan memasukkan nombor telefon dan maklumat lain.

“Kemudian mangsa telah ditambah masuk ke dalam satu group Whatsapp yang memberikan maklumat berkenaan cara-cara untuk membuat pelaburan saham,” ujarnya.

Justeru, Mohd. Iqbal memaklumkan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di bawah Seksyen 420 kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak mudah mempercayai pelaburan-pelaburan yang ditawarkan di lamam media sosial. Orang awam boleh buat semakan terlebih dahulu dengan menghubungi agensi-agensi yang terlibat seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti (SC).

“Orang awam juga boleh menghubungi talian ‘997’ National Scam Response Centre (NSRC) bagi membuat semakan dan mendapatkan nasihat terlebih dahulu,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya