Ular sawa telan tiga ekor kambing ditangkap - Utusan Malaysia

Ular sawa telan tiga ekor kambing ditangkap

ANGGOTA APM menangkap seekor ular sawa seberat 100 kilogram di sebuah kandang kambing di Kampung Kubang Puyu Chalok, Setiu, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seekor ular sawa dianggar seberat 100 kilogram (kg) berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Kubang Puyu Chalok di sini, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd. Nizu Husien berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehadiran ular sawa sepanjang kira-kira 6 meter (m) di kandang kambing seorang penternak kira-kira pukul 9.15 pagi

“Makluman awal kita terima, seorang penternak, Shukri Ab. Rashid, 49, menyedari kehadiran ular sawa itu ketika ke kandang haiwan peliharaannya, pagi tadi.

“Dikatakan reptilia itu telah menelan tiga ekor kambing peliharaan penternak itu sebelum bertindak menghubungi pihak APM untuk menangkap ular sawa berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Susulan itu, beliau memberitahu, seramai empat anggota telah digerakkan ke lokasi dan berjaya menangkap haiwan tersebut.

Jelasnya, lagi ular sawa tersebut telah dibawa balik ke pejabat APM Setiu dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Mohd. Nizu turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan kehadiran haiwan liar dan reptilia berkenaan ketika musim tengkujuh.

Katanya, limpahan air di kawasan habitat menyebabkan haiwan berkenaan keluar dan mencari kawasan berlindung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya