Toyota Vios tukar lorong mengejut sebelum langgar motosikal

Toyota Vios tukar lorong mengejut sebelum langgar motosikal

KERATAN rakaman video yang tular mengenai tindakan sebuah kereta yang tiba-tiba menukar lorong sehingga mengakibatkan kemalangan dua buah motosikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kereta dilihat melanggar sebuah motosikal ketika menukar lorong dengan mengejut tanpa menggunakan lampu isyarat pada Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku pada pukul 12 tengah hari itu melibatkan sebuah kereta serta dua buah motosikal.

Dalam perkongsian video kamera papan pemuka di aplikasi X berdurasi 17 saat itu, kelihatan kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam itu menukar lorong secara mengejut apabila kenderaan di lorong asalnya mula bergerak perlahan.

Sebuah motosikal yang tidak menyedari pergerakan kereta itu tidak sempat mengelak sebelum ia dilanggar dan tercampak, lalu mengenai seorang lagi penunggang motosikal berhampiran sebelum keduanya jatuh terbaring di atas jalan raya.

Berdasarkan video yang dikongsi, kereta berkenaan kemudian dilihat meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan penunggang motosikal tersebut.

Dalam pada itu, pengguna turut melontarkan pendapat dan ketidakpuasan hati di ruangan komen.

“Pentingkan diri sendiri, sampai lupa ada pengguna jalan raya yang lain,” komen @SandraSanibar.

“Kesian rider motosikal sebelah tu,” tulis @marouapplehijau

“Macam mana keadaan yang bawa motor tu.. Allahuakbar,” kata @BujaiMoxx7. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.